Tidak perlu bermati-matian menunding jari kepada aku.
Aku tau aku bukan malaikat yang tiada nafsu dan hanya mengenali Allah.
Aku pernah meyimpang.
Mungkin terlalu jauh. Mungkin tidak seberapa jaraknya.
Tetapi masih menyimpang.
Kini, aku ingin berubah. Cahaya mata yang telah dianugerahkan oleh Yang Maha Pengasih ini telah merombak jiwa.
Jiwa sebenarnya dirombak apabila ditemukan dengan kekasih yang digelar Suami ini.
Tetapi rombakkannya lebih terasa bila ada si manusia di dalam badan aku ini. Subhanallah. Ini kuasa Allah.
Dulu, boleh dikatakan aku membenci. Ya. Dulu, aku masih menaruh perasaan terhadap kau. Dan kau. Benci itu sejenis perasaan bukan? Makanya, aku masih menaruh perasaan terhadap kau dan dikau.
Tetapi, menjelang tahun baru ini, aku ingin baru.
Dengan bimbingan Allah s.w.t., aku ingin baru.
Aku ingin muntahkan segala kehitaman dalam hati ini.
Tidak berbaloi menyimpan kudis-kudis itu.
Mungkin dulu aku kenal kau dan dikau. Kau dan dikau yang dulu lah yang aku benci.
Tapi itu dulu.
Mungkin seperti aku, kau juga sudah berubah. Atau mahu berubah.
Aku mengaku aku tidak lagi mengenali siapa kau.
Aku tidak mahu.
Tetapi aku berdoa yang Allah s.w.t. ampunkan kita semua.
Dulu kita jahil.
Buat Anakandaku, Bonda ingin berubah - menjadi manusia yang terbaik jasad and nafs ini mampu memikul. Bonda akan doa pada Allah s.w.t. sentiasa untuk membantu Bonda yang lemah ini.
There's too much hate in the world as it is, Our Child. We, your parents (InsyaAllah) would not want to be those who add to it. Blessings that Allah s.w.t. has granted us, and you - our wonderful growing baby, are too precious for us to waste time and energy on hate.
Kami ingin baru.
Happy New Year.
Kami.
another not so mild obsession
1 week ago















