Terasa hati aku ni yang ramai juga orang yang sinis, tidak percaya bahwasanya aku ini bahagia. Pelik sungguh ka untuk menerima yang aku ni bahagia? Ingat kalau couple lama-lama dengan boyfriend pastu kahwin, baru bahagia ka? Ingat aku kahwin dengan si Suami, seorang kawan karib aku dari zaman mula universiti ni, cuma impulse ka?
Alhamdulillah, jodoh aku bersama dia. Tak kira la sebelum tu dia ada girlfriend dan aku, seorang boyfriend. Hubungan kami dengan si dia-dia dulu dah pincang. Remuk. Hancur. Tak perlu ada orang ketiga untuk meleraikannya. Tak usah la tuduh aku meninggalkan orang sebelum si Suami semata-mata untuk si Suami. Jelak aku mendengarnya. Dah tak jadi, dah la. Kau sakit hati apa? Dan tak usah la menuduh si Suami curi aku dari pasangan dulu la, curang kat pasangan dia dulu la. Macam-macam. Jelak.
Kira nya sekarang, Alhamdulillah. Aku bahagia. Tak pernah aku rasa bahagia sebegini. Dalam masa dua tahun ni, aku jarang mengalirkan air mata. Kurang sedih. Jarang bertengkar.
Susah nak percaya? Tak mengapa. Memang benar aku dan si Suami jarang bertengkar. Tak ada situasi hempas pinggan atau slam pintu sebab benggang. Ada tak puas hati atau berselisih-faham, kita bincang. Allah s.w.t bagi 'aql kan? Guna la.
Orang kini sering bertanya, "Bila nak berbadan dua? Cousin kau yang baru kahwin tu dah nak beranak dah pun. Kau bila?" Kadang-kadang, marah la juga bila mendengar sang kecoh tu berkata-kata begitu. Macam mereka seronok tengok orang sengsara, tidak beranak.
Tapi, maaf sebab aku kecewakan kau. Aku tidak sengsara. Si Suami tidak sengsara. Ada sebab Allah s.w.t belum menganugerahkan cahaya mata kepada kami. Mungkin belum sedia untuk menjadi seorang ibu dan seorang bapa. Tidak akan kita tahu. Hanya Allah s.w.t sahaja yang tahu kerana Dia Maha Mengetahui
Dia tahu bisikkan hati aku ni yang sentiasa berdoa untuk mengandung. Kadang-kadang mengalir air mata bila datang bulan. Tapi aku redha. Allah s.w.t tahu apa yang terbaik untuk aku. Untuk kamu, dan kamu. Aku cuma boleh berusaha, dan tawakal. Aku berserah segalanya kepada Allah s.w.t.
Aku bahagia. Aku redha.
Aku tenang.
Anis.
coming back to reality.....
1 week ago






6 comments:
Hi Anis,
hmm just few words from me. I know that we used to be classmates back then, and we were not so closed.
ape sy nak ckp ialah. biarkan aja mereka-mereka yang sinis itu berkata-kata. mereka takkan pernah diam sbb itu memang kerja mereka.
pernah dulu, sy terluka kerana dek mulut mereka-mereka yg sinis itu. tapi kawan sy ckp, biarkan aja. mereka boleh mati kalau tidak mengata. asal kita happy sudah. sayangnya, mereka tidak membantu pun utk kita rasa hepi. malah kita kena bersyukur, sbb kerana mereka, kita berfikir sejenak, bahawa kita lagi bertuah dari mereka, sbb itu mereka tak boleh diam.
Mereka Jealous! Why? Because we are great! :)
smoga korang bahagia sampai bila-bila :)
anis dearie
takda sesiapa akan percaya kita bahagia kerana kebahagiaan kita bersama suami tidak akan dapat difahami oleh orang lain. it is for us to treasure and only us. that one thing people always think is small and debatable, padahal they are in NO place to say we're not happy. so what if we're married young? Tuhan tak pernah tetapkan berapa umur ideal untuk kita berkahwin. asalkan waras, baligh, Islam dan mampu. Tuhan tak pernah kata jodoh kita hanyalah dia yang kita cinta bertahun-tahun, bukan dia yang dulunya dicinta orang lain. jodoh pertemuan semua bukan kerja kita kan? kebahagiaan dan kesengsaraan pun bukan untuk kita tentukan. jadi siapa mereka untuk tetapkan yang kita bahagia atau tidak? malaikat kah?
anis, at one time, we were on the same boat. orang mengata itu ini. orang kata kita curang, orang kata kita perampas. orang kata kita mudah beralih cinta. tapi orang tak tahu macam mana kita cuba untuk pertahankan cinta kita yang dulu. orang tak tahu malam-malam yang kita berjaga dan menangis sendiri. orang tak tahu yang kita juga ingin bahagia. yang orang tahu mengata,mengata dan mengata.
tapi sekarang kita bahagia. pedulilah kita sering bertengkar atau pun sering menangis, yang penting kita ada Suami untuk redakan dan untuk kita pinjam bahu. belum ada cahaya mata adalah alasan paling bodoh untuk orang kata kita tidak bahagia. bukan kerana anak. bukan kerana wang. bukank kerana seks. kita berkahwin kerana Dia.
so anis. i know you're a strong girl, so you should always remain strong for your marriage, and for Matt. i will always pray for you and for yout o be happy regardless what people say. what we have now is ours, and KEEP IT.
Love you babe.
Hi Anis,
What the heck! orang2 yg sinis mcm tu patut kita siat-siat mulutnyer...drg tu sbnrnya yg pincang dlm hidup drg...sbb tu dok mengutuk dan menyinis org lain...hati drg tu ada busuk la dey...hmph!
Btw, I read ur blog..Hope u dont mind..:)
All the best in whatever you do...And, as long as u and ur husband is happy, nothing else matters...:)
Toodles!
i totally agree with the people yang bagi comment before this..kite sama saja rupenye..tp sejak kawen ni i've learnt to ignore what other people say about me n wan..sure kite akan ade kekurangan sana sini tp ape yang penting kite bahagia dgn hidup sendiri n xkacau hidup org lain.
bab anak tu xpayah la susah hati sgt..insya'allah akan ade la suatu hari nanti..belum ade rezeki lagi..u n matt still young pon..just remember to believe in Allah and Allah always have a plan for us..kite perlu ade usaha and tawakkal sahaja..ingat utk berdoa tau =)
Dear all,
Terima kasih atas kata-kata yang sangat indah dan sangat encouraging.
Thank you. Thank you. Thank you.
Husband and I are grateful. Semoga Allah s.w.t bless you all and your loved ones always.
Selamat Hari Raya.
sayang,
yang sinis tu suka bercakap sebab hati penuh dengki dan sakit kudis.
biar lah, semoga Allah saja yang akan ubatkan hati mereka tu.
i believe in jodoh, rezeki, maut tu semua kan kekuasaan Allah.
and i believe that you and Matt will stay stronger and appreciate the love and life more, coz those nasty remarks are not worth to be noticed and thought of.
insyaAllah my sayang, ada rezeki nanti, Allah takkan berpaling daripada apa yang Dia dah janjikan.
hugs.
Post a Comment