Kerap kali aku mendengar keluhan kenalan tatkala merancang hari pernikahan mereka. Keluhan yang selalu didengar adalah perselisihan faham antara idea orang tua mereka dan idea "moden" mereka.
Idea "moden" disini merangkupi relevan menghabiskan wang ringgit yang patut disimpan buat masa depan untuk majlis yang besar-besaran, kalah kahwinkan anak Sultan atau adat tradisional dengan adat "budak-budak zaman sekarang". Apa maksudnya tu, aku pun tak tahu.
Kesian mereka. Nak kahwin pun stress. Sampai bertekak siang malam. Datang hari perkahwinan masih bermasam muka. Lepas dah nikah, marah sangat kat mak ayah sampai tak dengar khabar dah lepas pindah dengan pasangan.
Nasihat aku dan si Suami adalah berikut.
Kami dulu stress jugak masa nak kahwin. Pada mulanya, dihalang kahwin. Satu pihak berkata si Suami terlalu muda. Belum ada kerja stabil. Si Suami carik kerja sambilan jadi guru bahasa Inggris yang kerjanya menggunung tetapi gaji setakat lepas duit minyak. Tapi si Suami nekad. Nak bernikah dengan aku. Nak halalkan hubungan kami. Serik dah kami heret diri dalam perhubungan yang mungkin lagi menambahkan dosa apabila berkepit-kepit tengok wayang.
Lepas tu, pihak itu tukar approach. Tak perlu kahwin lagi. Aku masih di kuliyyah. Nanti terganggu pelajaran. Aduih...
Lepas si Suami ugut untuk nak kahwin sendiri tanpa keluarga (bukan kahwin lari), dalam jangka masa terdekat walau apa terjadi, keluarga kami akur. Mula la stress merancang pula.
Banyak menarik rambut dan titisan air mata. Tapi kami nekad, hari pernikahan pada bulan Mac itu hari kami. Kami kahwin bukan untuk keluarga. Ini ibadah kami kepada Allah s.w.t. Sudah lama hidup dengan dosa. Ini hidayah kami, mungkin. Untuk bernikah.
Kami membentuk kad kahwin sendiri, tanpa approval keluarga. Kami suka. Itu sudah cukup. Tempah baju ikut warna dan fesyen sendiri. Juga tiada approval keluarga. Untuk hari nikah, kami tempah jubah sepasang sorang. Kain lace eyelet. Sale kat Binwani's. Murah semeter.
Si Suami digelakkan sebab pakai jubah. A joke, kata mereka. Macam Arab terlepas dari padang pasir. Yahudi mabuk, bak kata dialog P.Ramlee dalam cerita "Ahmad Albab". Kami senyumkan saja. Ini hari kami berdua. Disatukan.
Bakal mertua pula keras suruh pakai songket penuh di majlis bertandang. Keras aku bantah. Kamu semua boleh pandang serong pada aku sebab membantah. Tapi aku ada sebab. Itu juga hari aku dan si Suami. Kita akan buat cara kami. Tambah pula nak sewa songket mahal. Pakai sekali je pulak tu.
Tak senang hati. Jadi aku bantah.
Mungkin aku dan si Suami boleh dikatakan selfish. Tapi walaupun ada perselisihan faham, hari pernikahan kami, kami yang punya. Dan kami happy. Itu nasihat kami pada yang nak bernikah nanti. Jadikan la hari tu hari kamu dan hari pasangan kamu. Tak perlu gaduh-gaduh pasal adat la, buat untuk family la. In the end, nanti kamu yang sedih. Banyak regrets. Banyak "what-ifs". Banyak "kalau dapat hari tu jadi macam ni, atau macam tu...".
Tapi bantah jangan la sampai gaduh. Cakap elok-elok. In stages. Jangan terus satu rrapp... Manusia ni banyak yang egois. Kalau keras sangat cakap, nanti jadi benda lain disebabkan egonya. Cakap cara yang elok.
Kami happy. Despite whatever, kami happy dan kami bersyukur. March 8, 2008 itu hari kami. Selamanya.
Selamat Pengantin Baru.
Anis
coming back to reality.....
1 week ago






1 comment:
Salam..Hey there...you know what, although we dont know each other...I just want to say thank you....thank you for this post..its exactly what i am thinking right now...great minds think alike...:) again, Thank You. :)
Post a Comment