Monday, March 23, 2009

Tentang Agama

Aku terpikir tentang agama. Bagaimana mahu didik anak-anak (insyaAllah) kami nanti? Aku masih belajar. Pentingnya mahu belajar kan? Ke tidak cukup? Entah.

Aku tahu Islam bukan setakat solat-puasa-bayar zakat. Aku tahu sebelum apa-apa pun, aqidah kena ada. Kuat. Kena perbetulkan itu dulu.
Aku tahu ihsan kita sesama insan itu penting - biarpun mereka bukan saudara se-Islam.

Aku belajar yang Rasullullah s.a.w. adalah contoh yang sebaik-baiknya yang kita perlu ikut, tapi tidak sampai meninggikan darjatnya lebih dari Allah s.w.t. Sememangnya hanya Allah s.w.t. yang berhak dipuja. Bersujud kepadaNya.

Tetapi bagaimana hendak didik anak-anak kami jika ada orang (biasanya ahli keluarga juga) yang berkonflik pendapat agamanya.

Aku tahu Prophet Muhammad s.a.w. is the best example. So keluarga aku solat mengikut sunnah. Ada yang berkata aku dan keluarga "sesat" sebab tak ikut mazhab. Beza sangat ke caranya? Bacaannya?

But the question is: kalau sesuatu itu sudah sunnah, kenapa yang masih berprinsip "mazhab trumps the Prophet s.a.w"?

Biasanya, bila agama jadi topik diskusi, the other person akan dismiss aku dengan mengatakan:

a) I sekolah agama dulu, I tau la.
b) Tok nenek dulu buat macam tu, aku ikut la.

Anakanda,
Tentang ilmu, terutamanya berkaitan dengan agama,
kita tak boleh taqlid.
Cari ilmu, berdiskusi -
dengan hati yang terbuka.
Always research facts yang orang kata tu "betul".
Insist on seeing the dalil.
But never ever compromise religion just to "satisfy" masses.

InsyaAllah Anakanda jadi anak yang soleh. Ayahanda and Bonda doakan.

Cinta kamu,
Ayahanda & Bonda.