Wednesday, March 4, 2009

Rambang

Aku selalu baca "Random Facts" di blog teman-teman.
Kali ni, aku punya "Random Facts" pulak.

#1
Perut aku/Baby Ours dalam perut bukan benda kat petting zoo. Apasal kau nak main usap-usap perut orang pun aku tak tau. Aku tak kenal kau pun. Aku tak suka, aku akan tepis. Peduli apa kalau kau extended family/kawan/kenalan. Tolong respect aku, Suami aku dan Baby Ours.

#2
Bila kau tanya aku insyaAllah akan beranak kat mana dan aku jawab *insert name of private hospital here* kemudian reaction kau "Oh. Swasta. Kaya ek?", jangan marah jika aku membalas dengan "Alhamdulillah, masyaAllah". Dah kau puji aku kaya, aku berterima kasih la. Memang aku kaya pun. Aku kaya kasih sayang Suami dan keluarga, Alhamdulillah. Apa? Kau expect jawapan Melayu skema, dengan tersipu-sipu, "Eh. Tak lah. Mana ada? Camtu-camtu je." Aku rasa jawapan macam tu bukan tunjuk modesty, tapi blasphemy. Allah s.w.t. dah simbah nikmat macam-macam, kau tolak.

#3
Aku possessive. Zaman kuliyyah dulu aku tak suka share botol air. Nak pinjamkan pen kat orang pun pikir dua tiga kali (sebab selalu mereka tak pulangkan. Lupa atau buat-buat lupa). Kalau botol air dan pen aku tak bagi orang pegang, masuk akal tak aku nak bagi kau pegang anak aku? Jangan tersinggung kalau kau mintak permission nak pegang/dukung si kecil nanti dan aku jawab "No". Hanya yang aku percaya dengan nyawa aku yang mungkin boleh pegang anak aku.

#4
Kau mungkin akan rasa aku ni berlagak, tak sedar diri. Aku tak kisah. Aku ni aku. Sila angkat kaki jika tak suka.

Dah lepas geram. Secara rambang.
Puas.

Anis

3 comments:

Yanna said...

I don't get it either when people seem to think it's perfectly fine to touch a pregnant lady's baby bump like she is a curious display, without asking her permission first. It's really very rude.

Sarah B. said...

Argh... I hear you... it was so annoying when people just came and grabbed Bilal away from me without even asking. Dahla tu, don't even bother to wash/soap their hands before holding him. Lagilah sakit hati, bila Bilal nangis tanak bagi balik.

I really hated that part.

When visiting a friend who just gave birth and they were passing around her 2-day old baby and when it was 'my turn' I said "It's okay, newborns shouldn't be handled by too many people. Let his mother enjoy him."
I was given strange looks. I wish people were more sensitive about these things.

Be ready for that dear... it's going to be a tough one.

All the best! I'm excited for you... Enjoy this journey. I miss it... :)

By the way, do inform me when the baby comes and if you're up to visitors, I'd love to come see you.

Dearests said...

Yanna: Yes. It's extremely rude. EXTREMELY.

Sarah: Some ppl just grab Bilal? Teruknya.

It's true what you say about letting the mommy/daddy enjoy the baby. But ppl seem to think they have this "right" to pegang2 anak org, esp. supposed relatives.

Thank you for the advise. InsyaAllah will brace the self for all this ppl yg tak reti bahasa.

InsyaAllah will inform you when Baby Ours arrives. (You too, Yanna).

*hugs for both of you*