*Setahun dulu hari ini (Valentine's Day), Husband pergi conference sastera di University. Aku masih membuyung, menunggu baby cot yang akan tiba. Wah. Indah sungguh.
*Aku sedih dengar dia berkata - "I have so many children. Why always you?" Ya. Aku pun mahu tahu. Mana pergi yang lain? Mana nya sampai dia yang bertubuh 83 tahun itu harus berjalan kaki ke klinik sendirian dalam keadaan sakit itu kerana menunggu anak yang tak tiba?
*Pelik kenapa orang yang tidak berdarah daging mampu drop everything at a moment's notice untuk menolong keluarga that he married into, not born into sedangkan yang berkongsi genetics dengan orang yang perlu pertolongan itu mampu melecehkan pertolongan itu dengan alasan "Aku ada hal?". Sila jawab.
*Kenapa ya bila aku nasihat satu benda yang ada unsur agama terus aku di chop mempunyai attitude "Holier than thou"? Aku kata je - "Dah ada anak ni, usaha la jadi insan yang better. Tak usah la tunggang lagi arak mabuk tu." Entah. Mungkin cara aku. Tapi aku tetap ikhlas.
*Cadangan February trip #1 tak menjadi. Belum ada rezeki. Mungkin lain kali, insyaAllah.
*Satu minggu ini, aku dan keluarga asyik berulang ke hospital. Glen Eagles, Ampang. Tropicana Medical Center, Kota Damansara. Harap semua dah sihat belaka.
*Ibunda pulang ke Pulau, temankan suaminya yang mati kutu keseorangan. Ibunda mintak badannya dibelah tiga; satu untuk mak ayah nya, satu untuk suaminya tercinta, dan satu buat cucu-cucu. [Eh, mom, untuk anak2 takda? *senyum kambing dibalas senyum kambing yang lebih comel*]
*Atas ke-unselfish-an Ibunda ku. Cinta nya terhadap Allah s.w.t, mak ayah nya, Ayahandaku, kami anak-beranak dan dua intan permatanya. Tak terbalas jasanya. Aku hanya mampu berdoa yang Allah s.w.t akan murahkan rezekinya, kurniakan rahmat dan makbulkan segala doa2nya serta ampunkan dosa nya. Kedua-dua mereka.
*Aku amat bersyukur pada Allah s.w.t. kerana rahmatNya. Dan Ayahanda Ibunda ku kerana mengajar kami suami isteri yang marriage itu satu pasukan. Bukan laki buat satu benda, lantak perempuan ada hal lain. Terima kasih Yang Maha Penyayang kerana ketemukan jodoh aku dalam bentuknya Husband. Aku kecil. Aku syukur.
*Peratusan sabar kami perlu dinaikkan. Anakanda kesatria ini banyaknya ragamnya sekarang. Kami harus sabar lebih, and grow as he grows. Cinta kami buat kesatria masih dahsyat, sungguh.
*Tidak sabar untuk membuyung kali kedua. Mana lah tau ada rezeki, si gadis pula. InsyaAllah.
*Jangan terasa. Kau terlampau minute to be considered.
*Biarlah. Cukup kita-kita saja kan. Tak perlu orang yang tak perlu.
*Aku cinta Abu Faris.
Minah Asterisk
another not so mild obsession
1 week ago






No comments:
Post a Comment